Thursday, 23 June 2011

Selangor Master 2011 Julai ini

KENYATAAN MEDIA 1
WORLDWIDE HOLDINGS SELANGOR MASTERS EDISI KE 5 KE KOTA PERMAI
RM1.2 Juta menjadi taruhan


Shah Alam, 7 Jun 2011 – Worldwide Holdings Berhad, sebuah organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh PKNS tahun ini sekali lagi diberi penghargaan oleh Kerajaan Negeri Selangor menjadi penaja utama dalam penganjuran kejohanan golf berprestij Worldwide Holdings Selangor Masters 2011 bermula dari 20 hingga 23 Julai 2011. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, penajaan sebanyak RM1.7 juta tahun ini menjadikan Worldwide Holdings Berhad kekal sebagai penaja utama bagi empat tahun berturut-turut sejak tahun 2008. Kejohanan Edisi ke-5 yang berprestij ini telah
dimuatkan dibawah kalender Negeri Selangor dan merupakan inisiatif Kerajaan negeri bagi menggalakkan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di Selangor disamping membuka peluang kepada Worldwide Holdings untuk lebih dikenali bukan sahaja sebagai pemaju hartanah dan pengurusan malah sebagai syarikat yang prihatin ke arah pembangunan sukan berprestij di Selangor.

Kejohanan edisi ke-5 kali ini akan berpindah dari Kelab Golf Seri Selangor ke lokasi baru di Kelab Golf Kota Permai yang merupakan lokasi yang tidak asing lagi bagi pemain-pemain golf terkemuka. Tahun ini, Worldwide Holdings Selangor Masters sekali lagi bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.2 juta bersamaan US$400,000 dimana seramai 156 orang jaguh- jaguh asia dan antarabangsa bakal bertanding untuk merangkul kejuaraan. Selain itu, Worldwide Holdings Berhad turut menawarkan hadiah berupa Apartmen Servis bernilai RM400,000 bagi kategori hadiah Hole-in-One yang bakal direbut oleh Pemain Profesional dan Amatur di Kejohanan Golf Pro-AM pada 24 Julai 2011 akan datang.

Penampilan juara WHSM’ 2010 Angelo Que dari Filipina, Juara Terbuka Brunei 2010 Siddikur Rahman dari Bangladesh, Kiradech Aphibarnrat dari Thailand, Jyoti Randhawa dari India dan juga pemain-pemain pro tempatan seperti Ben Leong juara WHSM’08, Danny Chia, Iain Steel dan S. Siva Chandhran dari Malaysia mampu memberi saingan hebat pada kejohanan kali ini bagi merebut kejuaraan. Sebagai kesinambungan penganjuran kejohanan golf berprestij ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan untuk meneruskan kontrak penganjuran dengan pihak Asian Tour sebagai badan yang memberi pengiktirafan terhadap penganjuran kejohanan dibawah kalender Asian Tour. Disamping itu juga, Kerajaan Negeri turut mengikat perjanjian selama dua
tahun dengan Kota Permai sebagai lokasi penganjuran kejohanan golf Selangor Masters.

Terdahulu, Kota Permai pernah menjadi tuan rumah dalam dalam penganjuran kejohanan-Kejohanan Terbuka Maybank, Kejohanan Volvo Masters dan lain-lain lagi kejohanan bertaraf antarabangsa.


Untuk makluman lanjut, sila layari http://www.worldwide.com.my
 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Hj. Ami Nardin Hj. Ishak
Ketua, Komunikasi Korporat
Tel: +603 5510 2525 / +6019 313 5046 / Email: amin@whb.com.my

Hari Gerakan Membaca Daerah Klang

Seminar Kelestarian Pembangunan 2011

Bazar kraf Selangor di Klang


DATANGLAH BERAMAI_RAMAI

Tuesday, 21 June 2011

WAJAH-WAJAH PRIHATIN KLANG

HARI ILMU GERAKAN MEMBACA DAERAH KLANG

HARI ILMU GERAKAN MEMBACA DAERAH KLANG
Tarikh : 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Taman Pengkalan Batu, Jalan Tepi Sungai.

Aktiviti yang diadakan:
- Pertandingan mewarna kanak-kanak (7-9 tahun)
- Pertandingan teka silang kata (13-17 tahun)
- Menyusun puzzle berkeluarga (3 orang ahli keluarga)
- Acara kemuncak "15 minutes reading break" diadakan serentak seluruh daerah di Negeri Selangor pada jam 10.45-11.00 pagi.

Sebarang pertanyaan dan borang pendaftaran boleh didapati di
Pusat Sumber Jalan Tengku Kelana
Pn.Haslinah/Pn.Raba'ah
No.Tel : 03-33758006

Jabatan Korporat MPK
Cik Hafizah/Pn. D.Thila
No.Tel : 03-33716044 samb. 1015

Pameran Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) 2020

Pameran Rancangan Tempatan Klang (Pengubahan 1) 2020
Tarikh : disambung sehingga akhir bulan ini 30 Jun 2011
Tempat : di Lobi Majlis Perbandaran Klang

Orang awam khususnya warga Klang dinasihatkan mengambil peluang masa yang dilanjutkan ini untuk meneliti serta membuat penilaian kepada rancangan tempatan tersebut.

Kepada warga Klang, anda dijemput untuk datang sendiri ke Pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Klang 2020 di Lobi ibupejabat MPK semasa waktu pejabat di hari bekerja.  Penglibatan anda bersama dialu-alukan demi kemajuan bersama dipelihara.

SEMINAR KELESTARIAN PEMBANGUNAN

SEMINAR KELESTARIAN PEMBANGUNAN
Tarikh : 19 – 20 JULAI 2011
Tempat : DEWAN PERDANA HOTEL GRAND BLUEWAVE SHAH ALAM

Kepada yang berminat, sila hubungi,
Urusetia
Seminar Kelestarian Pembangunan 2011
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Perbandaran Klang
Tingkat 1, Pusat Perniagaan Jalan Raya Barat,
Jalan Raya Barat, 41000 Klang

Pegawai Dihubungi:
Hanita/Fatimah/Zailani/Yusrina/Ruzaana
Tel: 03-33757833/7850/7840/7835/7834/7839
Fax : 03-33710690

Email
seminarlestarimpk@gmail.com

MINI KONSERT MESRA BERSAMA MPK & BAND IDOL KLANG 2011

MINI KONSERT MESRA BERSAMA MPK & BAND IDOL KLANG 2011

Tarikh: 25 Jun 2011 (2011)

Masa: 5 - 7 petang

Tempat: Dataran Seni,Klang