Monday, 18 April 2011
Wednesday, 13 April 2011
Hak oku sering disalahguna
KLANG – Penyediaan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas masih lagi di tahap kurang memuaskan selain wujudnya penyalahgunaan terhadap kemudahan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa OKU Daerah Klang, Tan Heng Kim berkata, pihak pemaju perlu mengambilkira penyediaan kemudahan OKU dan warga emas dalam setiap pelan pembangunan.
“Kemudahan seperti tandas, tangga, landasan pejalan kaki dan ram (laluan untuk kerusi roda) serta tempat letak kereta merupakan kemudahan asas yang penting kepada OKU,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa OKU Daerah Klang, di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.
Hadir sama ialah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan jabatan yang terlibat.
Menurutnya,pengurusan pasaraya kebanyakkannya ada menyediakan petak khas bagi OKU yang sepatutnya memudahkan golongan itu namun ia telah disalahguna oleh individu normal yang lain.
Tan berkata, ada sesetengah pengunjung normal masih berdegil untuk meletakkan kenderaan di petak khas walaupun ia telah diletakkan papan tanda untuk OKU di situ.
“MPK telah menghantar surat peringatan kepada pihak pengurusan supaya memastikan tempat letak kereta OKU seperti yang tertakluk di dalam syarat lesen.
“Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) turut mengadakan kempen pendaftaran OKU bagi membolehkan golongan ini menikmati dan mendapat kemudahan serta bantuan untuk mereka,” katannya.
Pengerusi Jawatankuasa OKU Daerah Klang, Tan Heng Kim berkata, pihak pemaju perlu mengambilkira penyediaan kemudahan OKU dan warga emas dalam setiap pelan pembangunan.
“Kemudahan seperti tandas, tangga, landasan pejalan kaki dan ram (laluan untuk kerusi roda) serta tempat letak kereta merupakan kemudahan asas yang penting kepada OKU,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa OKU Daerah Klang, di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.
Hadir sama ialah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan jabatan yang terlibat.
Menurutnya,pengurusan pasaraya kebanyakkannya ada menyediakan petak khas bagi OKU yang sepatutnya memudahkan golongan itu namun ia telah disalahguna oleh individu normal yang lain.
Tan berkata, ada sesetengah pengunjung normal masih berdegil untuk meletakkan kenderaan di petak khas walaupun ia telah diletakkan papan tanda untuk OKU di situ.
“MPK telah menghantar surat peringatan kepada pihak pengurusan supaya memastikan tempat letak kereta OKU seperti yang tertakluk di dalam syarat lesen.
“Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) turut mengadakan kempen pendaftaran OKU bagi membolehkan golongan ini menikmati dan mendapat kemudahan serta bantuan untuk mereka,” katannya.
MPKlang mencatat rekod didalam Malaysia Book of Record
Juruterbang paramotor Unit Paraglaider Majlis Perbandaran Klang telah melakar sejarah di Malaysia Book of Record dalam Penerbangan Juruterbang paling ramai pada waktu yang sama sempena Pesta Belon Udara Panas Putrajaya pada 20 Mac 2011 yang lalu.
Hari Keluarga PUSPANITA Daerah Klang
| Time | Saturday, April 23 · 8:00am - 11:00am |
|---|---|
| Location | Dewan Hamzah, Klang |
Banyak acara-acara yang akan dipertandingkan seperti :- 1. Pertandingan Baby Comel (bawah 18 bulan) 2. Pertandingan Mewarna (5-7 tahun) 3. Sukaneka - Cari gula-gula (4-6 tahun) - Bola Ping Pong (8-9 tahun) - Musikal Ball (10-15 tahun) 4. Pertandingan Masakan Siap (Cup Cake, Asam PEdas, Aneka Puding) 5. Gubahan Bunga Hidup (VIP/AJK) 6. Boling Kelapa (VIP Lelaki) 7. Pertandingan Karaoke (Terbuka 16 tahun ke atas) 8. Lambungan Manja (Pasangan Suami & Isteri) 9. Mummy Maker (Pasangan Anak dan Ibu) 10. Cabutan Bertuah 11. Jualan dan Pameran ( Terbuka 8 Ruang - Yuran RM50.00) Sebarang Pertanyaan atau Borang Pendaftaran boleh didapati di Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang. Pn. Roshayati binti Abd Rahim - 019-220 7671 (MPK) Pn. Jamilah binti Abd Karim - 013-303 0553 (PDK) | |
atau klik link dibawah
Hari Keluarga PUSPANITA Daerah Klang
MPKlang komited dalam penjagaan sungai

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ikhsan Mukri berkata,isu berkaitan pengurusan dan kebersihan sungai kian mendapat perhatian berikutan kualitinya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, majlis sentiasa peka dengan isu berkenaan dan usaha memelihara serta mengindahkan sungai sentiasa berterusan bagi meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran kelak.
“Keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah tonggak utama bagi memastikan masyarakat memberi perhatian khususnya kebersihan sungai.
“Malah program yang diadakan ini juga telah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemuliharaan dan pembangunan sungai di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program LA 21 Selangor ,Pengindahan Dan Pemuliharaan Alam Semulajadi bertempat di Taman Pengkalan Batu di sini.
Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, Norasiah Bee Mohd Haniff ,ahli majlis, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.
Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya penanaman pokok,perasmian ‘Smart Bin’ dan ‘River Rangers’ serta pertandingan memancing dan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Parit Dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta beberapa jabatan yang lain.
Ikhsan berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum semakin positif melalui program seperti itu dan akan diteruskan pada masa akan datang.
dunia maya
Salam semua. Dengan kecanggihan dunia ICT sekarang ini telah muncul pelbagai kelompok -kelompok komuniti siber. Kami juga tidak ketinggalan. Demi mendekati warga Klang, kami juga mengikuti langkah ini. Kami harap dengan cara ini warga Klang mendapat lebih peluang untuk mendapatkan maklumat dan berinteraksi dengan kami. Kami amat mengalu-alukan teguran dan cadangan anda dalam mempertingkatkan perkhidmatan kami.
cuba cari kami disini:-
FaceBook Majlis Perbandaran Klang
FaceBook MPK Prihatin
Twitter MPK Prihatin
jumpa anda semua disana
cuba cari kami disini:-
FaceBook Majlis Perbandaran Klang
FaceBook MPK Prihatin
Twitter MPK Prihatin
jumpa anda semua disana
Sunday, 10 April 2011
Tuesday, 5 April 2011
pemberitahuan
::Warga MPKLANG jangan lupa, Pada hari ini akan diadakan "Program Senamrobik MPK 2011" bertempat di Dewan Hamzah, jam 5.30 petang nanti. Kehadiran anda semua amat dialu-alukan::
Monday, 4 April 2011
AdA Apa DeNgAn klANg...
| Kira-kira 20 tahun yang lalu, iaitu pada ketika senja sedang merangkak... dan siang pun melabuh kan tirainya, aku dilahirkan.Aku di lahirkan di sebuah bandar bernama Klang.dan inilah asal usul tempat kelahiran aku.... Klang merupakan bandar diraja bagi negeri Selangor, banyak kisah silam yang termaktub dalam arkib sejarah mengenai Klang, antaranya macam sejarah Raja Lumu, Raja Mahadi, Tengku Kudin dan macam-macam lagi. Sehingga kini sultan Selangor iaitu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah bersemayam di Klang..... | ||
| ||
Pengindahan sungai didik kesedaran masyarakat
by Fadzly Esa on 1 Apr, 2011

Tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memelihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam,Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, majlis sentiasa mengadakan program untuk meningkatkan kesedaran penduduk untuk menjaga alam semulajadi termasuk sungai khususnya di kawasan ini.
Jelasnya, Program LA 21 Selangor ,Pengindahan Dan Pemuliharaan Alam Semulajadi yang akan diadakan pada 9 April itu juga menampilkan pelbagai acara lain antaranya penanaman pokok,perasmian ‘Smart Bin’ dan ‘River Rangers’ serta gotong-royong.
“Lokasi program ini akan diadakan di Pengkalan Batu dan Pengkalan Kampar serta turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
“Malah majlis juga mengalu-alukan penyertaan daripada penduduk setempat untuk sama-sama memeriahkan acara yang bakal diadakan nanti,” katanya.
Norfiza berkata, program yang diadakan itu juga bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk menghargai kebersihan termasuk sungai dan kawasan sekitar.
Menurutnya, program yang bermula seawal jam 8 pagi itu juga turut menampilkan aktiviti sampingan lain antaranya senamrobik dan pertandingan memancing yang menawarkan hadiah menarik kepada pemenang.
Anti-nuclear protests in Klang
Several Pakatan Rakyat (PR) leaders along with members from NGOs recently held attempted to march against the federal government’s plans to build a nuclear logy in Klang.
Led by Klang MP Charles Santiago, the group of protesters strongly argued against any nuclear plants to be implemented in the state, and were also agitated by the treatment feted out by the police officers...........
Klik here to read more:by KomunitiKini on 4 Apr, 2011
Led by Klang MP Charles Santiago, the group of protesters strongly argued against any nuclear plants to be implemented in the state, and were also agitated by the treatment feted out by the police officers...........
Klik here to read more:by KomunitiKini on 4 Apr, 2011
Klang Community eSpace Forum
Klang Community eSpace is created to provide an online space to publish Klang’s news. Klang is a royal town in Selangor Malaysia and it’s house to Malaysia’s largest port.
Members are encouraged to form their own group within the community and find out ways they could provide their input for the betterment of our beloved Klang town.
Members are encouraged to form their own group within the community and find out ways they could provide their input for the betterment of our beloved Klang town.
Klik here to go to Klang Community eSpace Forum
TALIAN TOLL FREE ADUAN
KEMPEN TALIAN TOLL FREE ADUAN
1-800-88-ADUAN (23826)
Talian toll-free aduan ini akan memudahkan orang awam menghubungi majlis secara percuma bagi membuat aduan secara rasmi di mana mereka akan dilayan secara berhemah, profesional dan setiap aduan mereka akan direkodkan bagi tindakan penyelesaian oleh Majlis. Mereka juga boleh membuat semakan aduan serta memberi sebarang cadangan maklumbalas mengenai tindakan penyelesaian aduan.
Selamat Datang
Perutusan YDP | |||
| Y. Bhg. Dato' Mislan bin Tugiu Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang | |||
| Selamat datang ke laman Blog Majlis Perbandaran Klang. Sejak ditubuhkan pada tahun 1890, Pihak Berkuasa Tempatan Klang terus berkembang maju sehingga mencapai taraf Majlis Perbandaran Klang pada hari ini. Lebih dari seabad lalu, ia telah berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran bagi keselesaan dan kesentosaan penduduk Klang. | |||
Hasil dari perancangan dan pembangunan yang seimbang, Klang hari ini telah muncul sebagai sebuah Bandar DiRaja yang indah dan permai. Kawasan pentadbiran seluas 573.8 km persegi ini mengandungi kawasan perumahan, perdagangan, perindustrian dan pelabuhan. Penduduk Klang kini telah mencapai lebih dari setengah juta orang manakala pegangan harta berjumlah lebih daripada 175,000 pegangan. Kepesatan pembangunannya banyak memberi peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga bagi mereka yang datang dari dalam dan luar negara. Kedudukan geografinya di persisiran pantai Selat Melaka telah menjadikan Klang sebagai pelabuhan utama negara Malaysia. Keistimewaan ini juga menjadikan Klang sebagai pusat rekreasi air dan terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Maklumat yang terkandung di dalam halaman ini akan membantu anda semua mengenali MPK lebih dekat serta Bandar Klang yang bersejarah dan bakal menjadi bandaraya pelabuhan antarabangsa yang terkemuka dunia. | |||
Subscribe to:
Posts (Atom)









