Perutusan YDP | |||
| Y. Bhg. Dato' Mislan bin Tugiu Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang | |||
| Selamat datang ke laman Blog Majlis Perbandaran Klang. Sejak ditubuhkan pada tahun 1890, Pihak Berkuasa Tempatan Klang terus berkembang maju sehingga mencapai taraf Majlis Perbandaran Klang pada hari ini. Lebih dari seabad lalu, ia telah berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran bagi keselesaan dan kesentosaan penduduk Klang. | |||
Hasil dari perancangan dan pembangunan yang seimbang, Klang hari ini telah muncul sebagai sebuah Bandar DiRaja yang indah dan permai. Kawasan pentadbiran seluas 573.8 km persegi ini mengandungi kawasan perumahan, perdagangan, perindustrian dan pelabuhan. Penduduk Klang kini telah mencapai lebih dari setengah juta orang manakala pegangan harta berjumlah lebih daripada 175,000 pegangan. Kepesatan pembangunannya banyak memberi peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga bagi mereka yang datang dari dalam dan luar negara. Kedudukan geografinya di persisiran pantai Selat Melaka telah menjadikan Klang sebagai pelabuhan utama negara Malaysia. Keistimewaan ini juga menjadikan Klang sebagai pusat rekreasi air dan terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Maklumat yang terkandung di dalam halaman ini akan membantu anda semua mengenali MPK lebih dekat serta Bandar Klang yang bersejarah dan bakal menjadi bandaraya pelabuhan antarabangsa yang terkemuka dunia. | |||
Monday, 4 April 2011
Selamat Datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment