KLANG – Penyediaan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas masih lagi di tahap kurang memuaskan selain wujudnya penyalahgunaan terhadap kemudahan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa OKU Daerah Klang, Tan Heng Kim berkata, pihak pemaju perlu mengambilkira penyediaan kemudahan OKU dan warga emas dalam setiap pelan pembangunan.
“Kemudahan seperti tandas, tangga, landasan pejalan kaki dan ram (laluan untuk kerusi roda) serta tempat letak kereta merupakan kemudahan asas yang penting kepada OKU,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa OKU Daerah Klang, di Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.
Hadir sama ialah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua-ketua jabatan, wakil agensi dan jabatan yang terlibat.
Menurutnya,pengurusan pasaraya kebanyakkannya ada menyediakan petak khas bagi OKU yang sepatutnya memudahkan golongan itu namun ia telah disalahguna oleh individu normal yang lain.
Tan berkata, ada sesetengah pengunjung normal masih berdegil untuk meletakkan kenderaan di petak khas walaupun ia telah diletakkan papan tanda untuk OKU di situ.
“MPK telah menghantar surat peringatan kepada pihak pengurusan supaya memastikan tempat letak kereta OKU seperti yang tertakluk di dalam syarat lesen.
“Malah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) turut mengadakan kempen pendaftaran OKU bagi membolehkan golongan ini menikmati dan mendapat kemudahan serta bantuan untuk mereka,” katannya.
kita ni manusia, mestilah ada rasa tolak ansur, bertimbangrasa dan prihatin terhadap kawan - kawan kita yang kurang upaya....ok..
ReplyDeletejadilah warga prihatin