Sunday, 8 May 2011

Mpk anjur seminar pengurusan homestay

KLANG-Promosi dan kualiti kerja akan meningkatkan nilai serta mutu akan membantu mana-mana pengusaha homestay dalam menceburi industri itu kelak.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam,Majlis Perbandaran Klang (MPK) Norfiza Mahfiz berkata,bagi tujuan itu,majlis akan mengadakan Seminar Pengurusan Homestay Klang 2011 yang akan diadakan pada 25 Mei depan.

Menurutnya,seminar itu secara tidak langsung akan dapat membantu mereka (pengusaha) menjadi pemilik homestay yang berjaya dan dapat bersaing dalam perniagaan itu nanti.

”Mana-mana individu,jawatankuasa penduduk,Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan syarikat yang berminat diminta untuk merebut peluang ini kerana ia akan memberi pendedahan yang berguna kelak.

”Selain daripada itu,seminar itu juga memberi maklumat yang teratur dan prosedur berkualiti kepada para peserta”katanya.

Menurutnya,program itu akan diadakan di Hotel Presscot bermula jam 8 pagi hingga 4 petang dan akan membariskan penceramah dari Kementerian Pelancongan Malaysia,Tourism Selangor Sdn Bhd dan Homestay Sungai Haji Dorani.

Norfiza berkata,orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi Bahagian Kebudayaan Dan Pelancongan,Jabatan Korporat di talian 03-33716044 sambungan 1234 atau 1015.

No comments:

Post a Comment